Wednesday, 4 July 2012

Ku sangka panas hingga ke petang

Hati  ini sangat-sangat sayu sampai terkeluar air mata,ingatkan nak cover depan adik-adik tapi tertumpah juga,apa-apa pon stay senyum jugak..bila hati dan kepala berfikir tetiba jadi pusing dan tak boleh nak berfiikir secara logik..tetiba jem otak...
tapi masih lagi stay senyum,nak kata kuat sangat tu tipulah mana ada manusia tak pernah rasa sedih,kan...!!!!!
ingatkan tiada apa-apa rupanya ada lagi besar dari masalah aku,,,aku kena jadi kuat dan kuat
walau hakikat aku seorang yang paling lemah....sayu hati aku bila aku dengar luahan demi luahan yang lama tersimpan....
aku sedih sangat bila semuanya berlaku dan aku tahu kena buat sesuatu agar benda ini tak tersimpan terlalu lama dan mingkin akan memakan diri.....
YA ALLAH YA TUHANKU,kuatkan diri hambamu ini untuk hadapi semua ni,
aku sayang kamu semua lebih dari nyawa aku sendiri,insyallah selagi aku boleh selesaikan, aku akan tolong...
cuma aku harap kamu sabar dan sabar,percayalah orang yang sabar Allah sentiasa dengannya...

Thursday, 21 June 2012

Berilah aku kesempatan

                 Assalamualaikum....
Suratan hidup aku sudah tertulis sejak azali lagi,yang pastinya kena terima dengan reda walau pahit untuk ditelan, bagilah aku sedikit lagi masa untuk aku betol-betol berubah dan bertaubat kepada NYA..
aku tidak akan meminta lebih cuma bagi sedikit masa lagi untuk aku betul-betul bersedia hadapi semua yang diberi kepadaku..............................................................................................................................
.................................................................................................................................................
Berilah aku kekuatan dan semangat untuk hadapi semua ini,sebab aku tahu aku bukanlah sekuat mana pun.
Berilah aku kesempatan untuk memohon keampunan kepada kedua-dua orang  tuaku.
Berilah aku masa untuk aku nersama adik-adik aku.
Berilah aku masa untuk aku bersama-sama dengan sahabat aku walau sekejap.
Berilah aku sedikit ruang untuk mengecapi impian ibu dan ayah untuk melihat aku pegang segulung kejayaan selama aku dimenara gading.
Berilah aku cahaya untuk aku menyuluh dalam kegelapan hidup aku.
Aku hanya perlu kuat dan lebih kuat untuk hadapi semua ini
kalau tak aku akan rebah dan tak mungkin akan bangun lagi sampai bila-bila................................................
....................................................................................................................................................
jauh disudut hati,aku ikhlas untuk berubah tapi aku tak kuat dan takut itu  hanya sementara saja
aku tidak tahu jalan mana untuk aku pilih,aku tahu duniawi hanya sementara dan akhirat yang akan menentukan kita semua.Syurga atau Neraka...........
pernah sekali terfikir rasa perlukan sesorang untuk bagi nasihat dan bimbing aku tapi siapa????????
sampai sekarang....




Wednesday, 6 June 2012

Susahnya maksud tersirat ni...

 Nilah orang kata,kalau tak pernah bercinta ni,kadang -kadang boleh jadi buta tuli,ehhh bukan tak pernah langsung tapi tu dulu lah,time kecik-kecik cinta monyet atas pokok tu...hehehehe
Sekarang dah lain Cinta yang nyata,,kikikikhhh.............
Tapi sampai sekarang aku masih sendiri, entahlah aku dah lama tutup pintu hatiku untuk mana-mana Kaum Adam,dan sekarang,aku rasa sesuatu yang pelik berlaku dalam diriku ,,ni,susah lah nak cakap tapi aku tak taulah betul atau hanya main-main.Tapi aku agak terkejut jugak bila tingkah lakunya agak pelik hari itu.
Cuma aku buat bodoh je dan buat tak ada apa-apa berlaku.
Tak tau lah dia bagi signal ke apa,mungkin aku ni lembap sikit kalau bab-bab tu,
aku betul-betul biul jap,ada jugak tanya orang tentang ni,dia cakap macam betul,tapi aku je macam tak nak percaya sebab aku pikir kenapa tak terus jew cakap terus terang kan senang,ni tak saja bagi aku blur dan tak faham,apa yang nak sampaikan....
Tapi bila pikir balik malu pulak,hehehehehehehe
apa kan daya lumrah hidup berpasangan,Kerana ALLAH dah tetapkan Setiap pasangannya,cuma masa yang menentukanya..pandai pulak aku hihihihi.....
Aku tak nak berharap apa-apa padanya,kalau betul ada jodoh antara kau dan dia adalah,kalau tak mungkin dengan orang lain.Aku reda dengan setiap duggan yang Allah berikan kepada aku. 

Saturday, 26 May 2012

waaaaaaaaaaaa.....selsema maiiii,,,

Hari ni selsema di pagi2 hari lagi,tapi kira okey lagi tak melarat sangat,dengan ada nya air panas, aku minum sampai masuk keluar tandas beberapa kali jugak.Member aku bising suruh makan ubat tapi aku tak makan jugak, bukan apa nanti mengantuk, aku mesti tidur punye,hari ni aku kena habiskan baca essential sambil buat report bagai,dahlah ada exam 2 paper esok pagi sampai ke petang. Aku dengan bangga sempat lagi buka blog..kikikikihhh......Esok malam aku dah nak balik kg,sukanya........

Friday, 25 May 2012

Wahai kaum ADAM...

Kenapalah manusia yang bernama lelaki ni tidak pernah cukup dengan satu,aku sebenarnya tak faham langsung,tapi aku sangat care kalau seseorang yang saudara sesama WANITA aku dilukai begitu sekali,
dan persepsi aku terhadap lelaki sekarang aku letak tempat yang paling bawah sekali.
Aku rasa geram dengan tetiba bila dengar berita macam ni,masalahnya lelaki tu boleh plak buat muka tidak bersalah dengan apa yang dia buat itu.
Sebab itu aku memang tidak suka couple-couple ni.Bagi aku baik kita cari calon suami bukanya Boy, pakwe ,kekasih atau papew lah..(tak kuasa aku)
Aku bukan apa cuma sebal aje dengan Lelaki ni,ada saja muslihat yang dia gunakan untuk perdayakan wanita.
Sebenarnya aku tak tau nak bagi nasihat macam mana, sebab aku sendiri tak pernah alaminya lagi so aku hanya boleh cakap SABAR je.
kepada kaum HAWA janganlah cepat percaya kat mana-mana kaum ADAM sekarang ni.....hehehe (pandai-pandai je kan...kikikihh)

Thursday, 24 May 2012

Tingginya ego Manusia..

Malunya dengan diri sendiri sebenarnya kalau ingatkan tingginya 'EGO' diri aku sendiri tapi apakan daya hati dan mulut lain pulak  berbicara,aku mula sukakanya pada first time tapi lama-lama aku cuba tumbuhkan satu perasaan benci dalam diri aku disebabkan ramai orang bercdakap macam-macam tentang dirinya sampai aku dah set in mind yang DIA ni seorang yang menyampah dan macam-macam lagi.
Dan aku teringat satu pepatah    Don't judge book by it cover dan last sekali aku juga yang menyesal.
Aku pernah cuba nak berkawan dengan DIA tapi aku takut untuk cuba sebab terlampau ramai sangat yang nak tergedik-gedik so aku rasa menyampah dan alu cop dia ni PLAYBOY...omg
tapi sebenarnya kita tak boleh berfikir bukan-bukan tetang seseorang tanpa mengenalinya dulu.
kat situ aku dapat dah satu pengajaran tentang life ni.
One day,if okey..jumpa dengan DIA aku nakkkk sangatttttt tegur dan cakap sorry pasal yang lepas kerana sikap aku macam kebudak budakan..hehehe..............
dan aku doakan DIA sentiasa be happy,good,health and success in life,what ever you do or anything semoga berjaya...

Tuesday, 15 May 2012

Sayunya Wahai Hatiku..

Entahlah kenapa mlm ni,hati aku terasa sangat2 sayu,dalam fikiran aku banyak benda yang bermain tapi aku tak tau nak ungkapkan macam mana mungkin dalam blog ni aku dapat luahkan sedikit agar dapat kurang sedikit rasa sayunya hatiku ini.
Aku selalu berfikir tapi aku tak tau nak meluahkan macam mana,sedangkan aku ingin mengungkapkan tapi lidah aku jadi kelu dan macam ada benda yang menyekat.
sampai sekarang aku masih begini.
wahai hatiku..
janganlah lara dan sedih..
masih banyak benda aku harus fikir...
tadi aku baru saja tengok cerita yang sangat2  beri aku pengajaran 
aku rasa sangat malu dengan diri sendiri, tapi aku......
aku ada semuanya,keluarga,adik beradik dan kawan-kawan yang sentiasa disisiku
tapi aku masih tak berasa bersyukur lagi dengan apa yang aku ada
aku masih merasa ada saja kekurangan dalam hidup aku
tanpa aku sedari ada lagi orang yang tidak menpunyai keluarga,adik-beradik dan kawan-kawan
tapi mereka tetap bersyukur dengan kententuan yang Allah berikan kepada dirinya tanpa rasa merungut
tapi aku ada saja benda yang aku tak puas,aku tak tau apa yang aku cari sebenarnya dalam hidup aku ni
hati aku sentiasa kosong dan kosong...
pernah sekali aku terfikir nak satu perubahan dalam diri aku tapi itu hanya sementara saja dan aku masih ulang balik benda yang sama....
hatiku nini pernah terdetik nak berubah tapi hatiku tak sekuat mana dan aku  rasa takde sesiapa yang akan tolong aku
setiap kali aku berdoa kepadaNYA, aku dapat rasakan aku tak ikhlas melakukanya dan aku berasa sangat sedih sebab aku tak dapat nak berdoa ikhlas dan kyusuk
sebab aku tau hanya kepada ALLAH saja dapat aku luahkan apa yang ada dalam hatiku
tapi aku rasa aku tidak bersungguh melakukannya.....
mungkin banyak dosa yang aku buat suatu masa dulu tak terampun lagi
banayak sangat dosa yang aku buat terutama kat Mama dengan Abah dan lebih-lebih lagi kepada ALLAH
setiap kali aku melakukan sesuatu aku tidak yakin dengan apa yang aku buat dan aku kana cepat mengalah tanpa sebarang usaha,biar pun dalam hati ni terasa tak nak mengalah tapi aku berdaya
aku rasa keyakinan diri aku  semakin hari semakin senang saja rapuh
walaupun aku tau apa yang aku buat ni salah tapi aku masih jugak buat hanya nak puaskan hati aku
aku baru tau walau kita solat 5 waktu sekali pun selagi kita tidak medapat Keredaan dariNYA 
dan hati kita masih lagi ada perasan sakit hati, dengki ,benci dan iri hati tetap jugak sama
dalam hati aku sebenarnya ingin buat satu perubahan yang besar tapi aku tak yakin dan takut dengan bayang-bayang aku sediri.
Dikala aku berjauhan dengan ma dengan abah hati aku Selalu ingin kata kak sangat sayang ma dan abah jauh dilubuk hati akak...
kayta-kata ini sangat-sangat tersentuh "Delisa sayang umi kerana Allah dan Delisa sayang abi kerana Allah" dan aku terus menangis, kasih seorang anak kepada orang tuanya semuanya kerana Allah.
hati sesiapa pun akan turut merasa sebak.
kerana kasih seorang ibu dan ayah tidak ternilai walau pun sebesar zarah sekali pun.
setakat ini saja aku tulis luahan hati aku...wasalam